Tanbihul ghafilin bab Sabar
SABAR DALAM MUSIBAH DAN KESEMPITAN (Tanbihul Gha Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Hai anak, sukakah saya ajarkan kepadamu beberapa kalimat semoga Allah s.w.t. memberi manfaat bagimu?” Jawab Ibn Abbas r.a.: “Baiklah, ya Rasulullah .” Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Jagalah perintah Allah s.w.t. nescaya Allah s.w.t. menjaga kepadamu, dan jagalah larangan Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. selalu dihadapanmu, mendekatlah kepada Allah s.w.t. diwaktu ringan senang, nescaya Allah s.w.t. menolongmu diwaktu kesukaran. Jika engkau minta maka mintalah kepada Allah s.w.t. dan jika minta tolong, minta tolonglah kepada Allah s.w.t. Telah kering apa y...